Tuesday, March 9, 2010

Assalamualaikum..Hebatnya Allah menciptakan manusia pelbagai jenis rupa paras, warna kulit, bangsa dan pelbagai bahasa. alhamdulillah Allah swt telah pilih sy lagi dan lagi keluar jalan Allah 40 hr. tapi antara banyak 40 hr 40 hr tahun lepas bulan 11 agak surprise sebab tak pernah terlintas dalam fikiran boleh keluar 40 hr dgn orang pekak. byk perkara yg sy dpt bila keluar dengan golongn seprti ini. sy tak terfikir langsung.....sebelum masuk maktab sy belajar di matrikulasi sementara menunggu result maktab. pd mulanya sy ingin mengambil kos pemulihan tp di takdirkan oleh Allah, akak sy tersalah daftarkan sy. jd sy ambil bhgin pendidikan khas. tambahan pula bila keluar dgn mereka sy bljr bhs isyarat. tahun lepas sy keluar di kedah iaitu 20 hr di sg petani dn 20 hr lg di alor star dan jitra. sy keluar dengan 7 org pekak dan 9 org normal termasuk sy. murtajim hanya 2 org sj( amat gombak) n zarul pelajar tinggkatan 2. semasa keluar byk pengalaman sy dapat. mejoriti org pekak yg kami jumpa di kedah kebanyakan tidak tahu siapa Allah. ada yg mengatakan Allah lelaki, perempuan, ada janggut, ada anak. ada yg mengatakan lg Allah berkahwin dgn Muhammad sbb mereka nampak bila ada kalimah Allah di dinding mesti ada kalimah muhammad. justeru mereka menganggap Allah berkahwin dengan Muhammad seperti mana mereka melihat ada gambar agong mesti ada pasangannya iaitu isterinya.



semasa sy keluar, apabila kami dapat tashkil cash org pekak ke masjid, mereka begitu bersungguh mahu belajar tentang agama. mereka dahagakan agama.. sehinggakan smpai pukul 2 pg mereka masih tak tidur lagi disebabkan mahu belajar tentang agama. bila kami tutup lampu baru mereka mahu berhenti..kalau tak, tak tidur agaknya. semasa sy keluar. ada sorang pekak dalam kalangan kami yang lebih arif tentang agama. jadi dialah(Badrol) yg byk tashkil orang pekak lain join kitaorg dan dialah yg mengajar org pekak lain. sehinggakan jemaah kami bertanbah dari 16 0rg menjadi lebih kurang 30 org. naik penuh masjid dikerumuni oleh org pekak. first time sy lihat org pekak belajar agama pada ketika itu..apabila diceritakan tentang kisah2 nabi, mereka semua terpegun sebab tak pernah tahu. ada umur 60 lebihpun tak tahu. apa yg buat sy tersentuh ialah sebelum tidur, mereka akan buka lembaran al quran. mereka tak pandai membaca al quran dan tak faham maknanya. mereka hanya melihat dan menunjuk dengan jari. apabila sampai di simbol sujud sejadah, mereka terus sujud. begitu juga pada paginya, mereka mentelaah surah yaasin. begitu juga pada malam hari, apabila sy terjaga, sy melihat mereka solat tahajud. mereka berdoa sambil menangis. sy boleh dengar tangisan mereka tapi mereka tak perasan suara tangisan mereka yang kuat. ianya amat menyentuh hati. bertapa lemahnya iman sy jika mahu dibandingkan dengan iman mereka. kami biasanya akan membaca taklim dalam pukul 10 sehingga sebelum zohor. kami akan mengadakan taklim salam sesi bhs isyarat.

memang betul kata karkun lama yg buat usaha atas org pekak bahawa golongan pekak boleh memberi kesan kepada beberapa golongan. antaranya ulamak @ imam dan karkun yg sudah sejuk. ada satu masjid yg kami pergi, ada karkuzari bahawa masjid itu tidak ada jemaah dibenarkan masuk tapi karkun tempatan agak sedikit kehairanan bagaimana jemaah pada kali ini dibenarkan masuk. ada juga karkun tempatan mengatakan bahawa tiba2 datang karkun yang sudah sejuk datang nusrah jemaah kami. Alhamdulillah selepas balik 40 hr adalah sikit basic dalam bhs isyarat. tambahan lagi bila sy ada senior yang sanggup mengajar sy bhs isyarat. senior sy (MEZEE) sekarang kerap juga datang masjid sri petaling untuk menjadi murtajim. Beliaupun pernah luangkan masa keluar 3 hari dgn jemaah pekak pada bulan 2 yang lepas. beliaupun ada mengadakan kelas bahasa isyarat pada setiap pagi ahad sekitar pukul 9 - 11 pg. beliaulah antara byk2 senior yang ada fikir bagaimana orang pekakpun boleh amal agama sepertimana orang normal. dijemput hadir. tak kisah tua muda boleh je datang kelas isyarat. free. tapi kalau cuti seminggu atau cuti panjang kelas tak ada. kami biasa buat kelas di maktab kami iaitu maktab perguruan ilmu khas cheras, kL. semoga Allah balas pengorbanan beliau yang sanggup berkorban luangkan masa untuk agama. salam